English 中文版 Bahasa Tiếng Việt   Site Map Home
Mengenai Kami   Kursus Latihan Bahasa     Kursus Latihan Guru   Seminar   Perpustakaan   Penginapan Hotel & Bilik Seminar   Biro Peperiksaan   Projek-projek khas   Pautan
Kursus Bahasa Mandarin        
Kursus Latihan Bahasa   > Kursus Bahasa Mandarin          

Bahasa Mandarin Asas

Jika anda tidak mempunyai apa jua pengetahuan tentang Bahasa Mandarin dan anda ingin belajar Bahasa ini secepat mungkin – inilah kursus yang paling sesuai untuk anda.  Para peserta akan diperkenalkan kepada tatabahasa dan perkataan Mandarin supaya anda boleh berinteraksi dalam Bahasa tersebut.  Jika anda mengetahui sedikit Bahasa Mandarin, anda boleh menggunakan peluang ini untuk mempertingkatkan kemahiran Bahasa Mandarin anda.  Pada akhir kursus ini anda akan berkeupayaan berbahsa Mandarin dengan betul dan yakin.

Maklumat Kursus

Tempoh: 32 Jam @ 2 Jam Sekali Seminggu selama 8 minggu untuk setiap tahap

 

Berjaya dalam Bahasa Mandarin (Tahap 1,2,3)^Atas

Kursus ini adalah untuk mereka yang boleh bertutur dan memahami Bahasa Mandarin yang mudah.  Ia juga sesuai untuk warga Singapura yang telah mempelajari Bahasa Mandarin sebagai Bahasa Kedua pada tahap Sekolah Rendah.  Ketiga-tiga tahap kursus diatur dari tahap Maju .  Latihan yang intensif akan diberikan dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.  Pelajar akan mengambil bahagian dalam aktiviti bahasa termasuk permainan bahasa, lakonan peranan, kerja kumpulan dan latihan dialog.  Pada akhir siri kursus, para peserta akan berkeupayaan berkomunikasi dalam berjenis-jenis keadaan dengan penuh keyakinan.

Maklumat Kursus

Tempoh: 32 Jam @ 2 Jam Sekali Seminggu selama 8 minggu untuk setiap tahap

Jadual Kelas: 6.30 petang – 8.30 malam

Yuran (Setiap Tahap) S$430.50 (termasuk 5% GST)

 

Kecermelangan dalam Bahasa Mandarin^Atas

Kursus ini sesuai untuk mereka yang telahpun tamat kedua-dua kursus diatas.  Ia juga sesuai untuk warga Singapura yang telah belajar Bahasa Mandarin pada tahap sekolah menengah.  Kursus ini bertujuan memperbaiki kecekapan dan ketepatan penggunaan Bahasa Mandarin para peserta.  Topik-topik terkini akan dibentangkan dan dibincangkan untuk memberikan para peserta peluang mengambil nota dalam Bahasa Mandarin.  Para peserta juga akan didedahkan kepada bahasa yang digunakan setiap hari dari media seperti Radio, Suratkhabar, Majalah dan Televisyen.  Para peserta akan menulis surat, memo dan sebagainya untuk tujuan pekerjaan.   

Maklumat Kursus

Tempoh: 32 Jam @ Sekali setiap minggu untuk setiap tahap

Jadual Kelas: 6.30 petang – 8.30 malam

Yuran (Setiap Tahap) S$430.50 (termasuk 5% GST)

 

Komunikasi dalam Bahasa Mandarin untuk Peniaga^Atas

Dalam keadaan persaingan perniagaan yang sengit, keupayaan untuk berkomunikasi akan membawa hasil yang lumayan kepada para eksekutif.  Dengan bertambahnya pelaburan asing di Negara China, ia merupakan suatu keperluan untuk belajar Bahasa Mandarin untu Perniagaan supaya kita boleh berkomunikasi dengan rakan sekerja kita di Negara China.   Kursus ini direka khas untuk mereka yang mempunyai kemahiran Berbahsa China yang asas dan perlu memperbaiki kemahiran komunikasi mereka dibeberapa bahagian.  Pada akhir kursus para peserta akan mempunyai pengetahuan parktikal untuk berkomunikasi secara berkesan dengan rakan perniagaan mereka.

Maklumat Kursus

Tempoh: 20 Jam @ Sekali setiap minggu untuk setiap tahap

Jadual Kelas: 6.30 petang – 8.30 malam

Yuran (Setiap Tahap) S$324.45 (termasuk 5% GST)

 

Kursus menulis Bahasa Mandarin untuk Peniaga^Atas

Sejajar dengan peningkatan komunikasi untuk tujuan perniagaan dengan Negara China, kursus ini direka khas untuk mereka yang perlu menulis kepada rakan sejawat mereka di Negara China.  Keupayaan untuk menulis dengan baik memberikan kita sesuatu kelebihan.   Kursus ini mempertingkatkan keupayaan anda untuk menulis dalam Bahasa Mandarin dimana para peserta akan diajar menulis dengan jelas dan menarik.  Mereka juga akan didedahkan kepada beberapa teknik penulisan surat perniagaan dan contoh-contoh surat untuk memantapkan kemahiran menulis mereka.

Maklumat Kursus

Tempoh: 20 Jam @ Sekali setiap minggu

Jadual Kelas: 6.30 petang – 8.30 malam

Yuran S$294 (termasuk 5% GST)

 

Kemahiran Terjemahan Asas/Pertengahan^Atas

Kursus ini direka untuk golongan professional yang memerlukan kemahiran penterjemahan di tempat kerja dan untuk mereka yang fasih dalam kedua-dua bahasa dan berminat dalam bidang terjemahan.  Pada akhir kursus ini, para peserta akan menguasai teknik penterjemahan asas dan berbagai wacana am dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin.

Maklumat Kursus

Tempoh: 24 Jam @ Sekali seminggu untuk setiap tahap

Jadual Kelas: 6.30 petang – 8.30 malam

Yuran                                  Asas: S$294 (termasuk 5% GST)

                                                Pertengahan: $315 (termasuk 5% GST)

 

Hanyu Pinyin^Atas

Sebutan dan ucapan yang jelas dan betul adalah penting untuk setiap hari dan perniagaan anda.  Matlamat kursus ini adalah untuk memperkenalkan para peserta kepada sebutan Mandarin melalui system Hanyu Pinyin.

Maklumat Kursus

Tempoh: 20 Jam @ Sekali setiap minggu

Jadual Kelas: 6.30 petang – 8.30 malam

Yuran S$294 (termasuk 5% GST)

 

 Bahasa Mandarin untuk Tujuan Spesifik^Atas

Dengan kemajuan ekonomi di Negara China, keperluan untuk mempelajari Bahasa Mandarin untuk tujuan-tujuan spesifik adalah amat penting.  Misalnya Kursus Bahasa Perundangan China berkenaan pelaksanaan undang-undang China dalam bidang pelaburan asing, harta tanah,  perbankan dan kewangan. 

Untuk memenuhi keperluan bidang perhotelan yang sedang menikmati lebih ketibaan dari Negara China, kami telah menyedia kursus Bahasa Mandarin untuk mereka yang bertugas di kaunter pendaftaran, juruwang, bar dan sebagainya.  Kursus Bahasa Mandarin untuk Perbankan adalah untuk golongan professional dalam industri perbankan yang berminat mengetahui perbendaharaan kata untuk bidang kewangan dalam Bahasa Mandarin. 

Apresiasi Kebudayaan Cina merangkumi sejarah Negara China, falsafah, agama, budaya dan kehidupan seharian masyarakat Cina.

Kursus khas juga boleh diadakan

Mudah dipelajari, menarik dan matapelajaran yang praktik.

Guru yang berkelayakan dan berpengalaman dari Negara China.   

Pendekatan mengajar secara komunikasi dan moden

Bahan pengajaran yang tersusun dan terperinci berdasarkan keadaan seharian.

Yuran kursus termasuk Bahan pengajaran, pita rakaman dan sesi makmal bahasa bila perlu.

Dekat dengan stesen MRT Orchard

 

Hubungilah

 

( Ê *
65-68857855 65-67342753 enquiries@relc.org.sg

^Atas

Copyright © 2007 SEAMEO Regional Language Centre
Updated 29/03/2007