| English | 中文版 | Bahasa | Site Map | Home |
| Mengenai Kami | Kursus Latihan Bahasa | Kursus Latihan Guru | Seminar | Perpustakaan | Penginapan Hotel & Bilik Seminar | Biro Peperiksaan | Projek-projek khas | Pautan
|
| Bagaimana Menghubungi Kami | Penerbitan |
| Mengenai Kami |
Mengenai Kami |
|
|
Regional Language Centre (RELC) merupakan satu projek pendidikan Organisasi Menteri-Menteri Pendidikan Negara-Negara Asia Tenggara (Southeast Asian Ministers of Education Organisation) (SEAMEO) yang terletak di Singapura. Semenjak pertubuhannya pada Julai 1968, SEAMEO RELC telah berusaha mencapai matlamat-matlamat yang tertinggi dalam perkhidmatan pendidikan bahasa di negara-negara Asia Tenggara. Ahli-ahli SEAMEO terdiri daripada: Brunei Darussalam, Kambodia, Indonesia, Republik Demokratik Lao, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Vietnam. Ahli-ahli sekutunya terdiri daripada Australia, Canada, Peranchis, Germany, Netherlands, New Zealand dan Norway. Pada asalnya, SEAMEO RELC terletak di Watten Estate, tetapi pada 1972, ia dipindahkan kepada lokasi trekini. Pada 1977, RELC mulai dikenali sebagai “Regional Language Centre” supaya ia lelih tepat mencerminkan peranan yang sedang mengembang dalam pendidikan guru bahasa di rantau ini. RELC merupakan satu institusi antarabangsa bebas (autonomi) yang dikendalikan oleh seorang pengarah yang bertanggung-jawab kepada Lembaga Pentadbiran (Governing Board). Lembaga ini terdiri daripada seorang wakil dari setiap negara yang dilantikkan oleh Lembaga Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (Southeast Asian Ministers of Education Council) ke atas cadangan dari Kementerian Pendidikan setiap negara SEAMEO. Tugas utama SEAMEO RELC adalah membantu mengembangkan pendidikan guru bahasa di kawasan SEAMEO, satu kawasan yang sedang mengalami perkembangan politik dan ekonomi yang pesat. SEAMEO RELC memberi kepimpinan dalam membangunkan kemahiran dan kecermalangan dalam bidang pendidikan bahasa dan menggalakkan kerjasama dan perhubungan antara pakar pakar bahasa dari dalam dan luar kawasan ini. Sebagai pusat bahasa di Asia Tenggara, RELC menghadapi satu cabaran untuk mempastikan bahawa ia dapat menemui segala keperluan-keperluan negara-negara yang berbilang bahasa dan budaya. SEAMEO RELC bertujuan mewujudkan pemahaman antarabangsa melalui kerjasama dalam pendidikan bahasa. Sila lihat video korporat kami |
| Copyright © 2007 SEAMEO Regional Language Centre | Updated
04/02/2009
|