| English | 中文版 | Bahasa | Tiếng Việt | Site Map | Home |
| Mengenai Kami | Kursus Latihan Bahasa | Kursus Latihan Guru | Seminar | Perpustakaan | Penginapan Hotel & Bilik Seminar | Biro Peperiksaan | Projek-projek khas | Pautan
|
| Kursus Latihan Guru | > | Specialist Cert in Oral Communication Skills Training |
Specialist
Certificate in Oral Communication
|
||||||
Rational Kebanyakan negara dalam kawasan ini yang biasanya membelajari Bahasa Inggeris secara ‘pasif’ dengan menekankan kemahiran membaca dan pemahaman nahu (grammar), kini sedang menumpu perhatain kepada kepentingan dalam mengembangkan kemahiran-kenahiran komunikasi lisan (Oral Communication Skills). Justeru, guru-guru Bahas Inggeris perlu menyedari sifat-sifat komuikasi lisan dan kedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk membantu pelajar-pelajar mengembangkan kemahiran-kemahiran komunikasi lisan mereka. Kursus ini direkakan khas untuk pensyarah-pensyarah atau pendidik-pendidik guru pelatih yang akan menyalurkan kemahiran-kemahiran mereka kepada guru guru lain. Pada penghujung kursus, peserta-peserta kursus akan dilengkapkan dengan satu pakej multimedia khas yang mereka boleh gunakan dalam kursus kursus latihan mereka kelah. Objektif Objektif-objektif kursus adalah untuk: (a) meninggikan kesedaran terhadap berbagai-bagai bentuk masalah pelajar-pelajar mungkin menghadapi dalam memahami dan menyebut bunyi bunyi Bahasa Inggeris dan membina strategi strategi untuk membantu mereka mengatasi masalah-masalah ini. (b) meninggikan kesedaran masalah masalah yang mungkin timbul dalam komunikasi lisan yang disebabkan oleh cirri-ciri pragmatik bahasa. (c) meninggikan kesedaran tentang cirri-ciri nahu dan wacana berbagai-bagai bentuk tek lisan; (d) mengembangkan kompetensi pembinaan pelajaran-pelajaran mengembangkan berbagai-bagai jenis kemahiran mencakap dan mendengar. Kandungan Kursus^Atas (a) Ciri-ciri sebutan dan struktur-struktur perbualan (conersational); (b) Nahu (Grammar) dan wacana (discourse) dalam berbagai-bagai bentuk tek lisan;; (c) Merancang satu pelajaran lisan Penilaian Penilian adalah melalui satu tugasan individu yang melibatkan menghurai atau menganalisa beberapa komponen kemahiran komunikasi lisan dalam kontek institusi atau negara peserta masing masing. Syarat-syarat Pensijilan^Atas Untuk menamatkan kursus dengan sempurnanya, peserta diwajibkan: : (a) memenuhi keperluan-keperluan kehadiran kelas; (b) mencapai satu taraf yang memuaskan dalam kerja kursus wajib; (c) melengkap satu tugasan.
Ketauliahan Kursus Peserta kursus akan ditauliahkan dengan Sijil Kepakaran dalam Latihan Kemahiran-Kemahiran Komunikasi Lisan (Specialist Certificate in Oral Communication Skills Training). Syarat-syarat Kemasukan^Atas Pemohon-pemohan adalah jurulatih atau pensyarah guru-guru Bahasa Inggeris yang berhasrat mengembangkan kemahiran-kemahiran lisan pelajar. Pemohon perlu memperolehi satu tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang mencukupi untuk mengikuti satu pengajian tinggi yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan untuk menyediakan tugasan-tugasan tulis atau lisan. Bagi mereka yang berasal dari sistem-sistem pendidikan yang bukan dalam pengantaraan Bahasa Inggeris mesti memperolehi kelayakan TOEFL terkini sekurang-kurangnya 550 bagi ujian berdasarkan kertas atau 213 bagi versi computer, atau Gred ILETS 6.5. Yuran Berikut adalan kos component (dalam Singapore dollars):
*Yuran kursus (termasuk GST) dibayarkan kepada SEAMEO Regional Language Centre. Terdapat penginapan di RELC International Hotel @ S$40++ satu malam dengan sarapan pagi (Kembar-pengkongsian) atau S$80++ semalam dengan sarapan pagi (perseorangan). Peserta-peserta yang dating luar dari Singapore dinasihatkan mengambil Skim Insuran Kumpulan (Group Health Insurance Scheme) dengan uran S$31 sebulan kerana kos perubatan dalam kemungkinan sakit adalah amat tinggi. Satu pembayaran sebanyak S$630 untuk elaun subsidi sempat menampung perbelanjaran asas harian seorang peserta kursus di Singapura. Perhatian: (a) RELC tidak akan bertangjung jawab atas sebarang kemalangan dalam perjalanan ke atau dari Singapura, atau dalam Singapura, atau kehilangan beg beg atau barang-barang persendirian semasa dalam transit atau di Singapura. (b) RELC tidak akan bertangjung jawab mengambil insuran perjalanan udara dan kemalangan persendirian untuk peserta-peserta kursus. (c) Peserta-peserta kursus dianggapkan akan menyediakan wang cukup untuk keperluan-keperluan menyediakan tugasan tugasan, seperti kos menaip tugasan. (d) Pembayaran elauan subsidi boleh disediakan oleh RELC bagi pihak sponsor.
Permohanan^Atas Borang boring berikut perlu dilengkapkan dan dihantarkan: (a) Borang Permohanan RELC A237/A238 (dalam salinan). (b) Salinan-salinan keputusan TOEFL/IELTS yang disahkan atauStatement of English Language Proficiency Form RELC A229 (dalam salinan). (c) Borang Pemerikasaan Kesihatan (Medical Examination Form RELC A228) (1 asal dan 1 salinan) yang dikeluarkan tidak lebih dari 6 bulan sebelum kursus bermula. (d) Salian-salinan ijazah/diploma/sijil/transcript perlu di sertakan. Di mana transcript adalah dalam bahasa lain daripada Bahasa Inggeris, satu salinan terjemah dalam Bahasa Inggeris yang disahkan perlu ddisertakan. Semasa permohanan, pemohon diperlukan menyatakan di surat utama sama ada permohanan dibuat untuk pembayaran yuran persendirian atau biasiswa. Nama agensi biasiswa/burseri, jika berkenaan, perlu dinyatakan.
Pembayaran Yuran Yuran perlu dibayar sebelum kursus bermula. Cek diwajibkan palang dan bayar kepada SEAMEO Regional Language Centre.
Bayar-balik Yuran^Atas Pembatalan pendaftaran oleh seorang pemohon perlu dibuat secara tulisan. Pembatalan yang diterima sebelum kursus bermula akan menerima bayaran-balik kurang daripada yuran pendaftaran. Pembatalan selepas kursus sudah bermula tidak layak untuk bayaran balik yuran. Tarikh Tutup Tarikh tutp nagi permohanan adalah 16 Februari 2007.
|
| Copyright © 2007 SEAMEO Regional Language Centre | Updated
29/03/2007
|