English 中文版 Bahasa Tiếng Việt   Site Map Home
Mengenai Kami   Kursus Latihan Bahasa     Kursus Latihan Guru   Seminar   Perpustakaan   Penginapan Hotel & Bilik Seminar   Biro Peperiksaan   Projek-projek khas   Pautan
Diploma lanjutan
  Specialist Certs
  Ijazah Sarjana Sastera (Linguistik Gunaan)
  Introductory Course in Teaching English to Speakers of Other Languages (TESOL)  

Certificate Course in Teaching English to Speakers of Other Languages (TESOL)

Kursus Latihan Guru   > Specialist Cert in Language Curriculum & Materials Development      

Specialist Cert in Language Curriculum
& Materials Development
(1 - 19 October 2007)

Rational

Kursus ini mengabungkan teori sukatan pelajaran terkini dengan peluang mengaplikasikannya.  Para peserta diberi peluang membincang dengan kelas dan kumpulan mereka sendiri mengenai perancangan dan pelaksanaan sukatan pelajaran dan perkembangan bahan ajar.

Objektif

Objektif kursus ini adalah untuk:

(a)    Menilai prinsip-prinsip perkembangan sukatan pelajaran dan bahan ajar.

(b)   Menyedia, memilih, menyesuai bahan ajar kursus Bahasa untuk kegunaan bilik darjah.

(c)    Menilai contoh-contoh bahan ajar kursus bahasa.

 

Kandungan Kursus^Atas

(a)    Asas dan prinsip-prinsip perkembangan sukatan pelajaran dan bahan ajar

(b)   Merancang dan memperkembangkan bahan-bahan untuk kegunaan bilik darjah

(c)    Kajian kes dalam bidang perkembangan bahan mengajar

 

Penilaian

Para Peserta akan menghabiskan tugasan berkenaan perkembangan sukatan pelajaran bahasa ataupun sesuatu penilaian yang berguna kepada keadaan setempat.

 

Syarat-syarat Pensijilan^Atas

Untuk menamatkan kursus ini dengan berjaya, para peserta mesti:

(a)    memenuhi kehendak kehadiran

(b)   mencapai tahap kerja kursus yang secukupnya

(c)    menghabiskan tugasan

 

Ketauliahan Kursus

Pada akhir kursus ini para peserta akan diberikan sijil pakar iaitu (Specialist Certificate in Language Curriculum & Language Development).

 

Syarat-syarat Kemasukan^Atas

Pemohon-pemohan seharusnya pakar penulis bahan mengajar , penilai buku teks atau teks kursus dan penulis sukatan pelajaran.

Pemohon perlu memperolehi satu tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang mencukupi untuk mengikuti satu pengajian tinggi yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan untuk menyediakan tugasan-tugasan  tulis atau lisan. Bagi mereka yang berasal dari sistem-sistem pendidikan yang bukan dalam pengantaraan Bahasa Inggeris mesti memperolehi kelayakan TOEFL terkini sekurang-kurangnya 550 bagi ujian berdasarkan kertas atau 213 bagi versi computer, atau Gred IELTS 6.5.

Untuk menggalakkan perkongsian ide-ide dan maklumat diantara para peserta dari berbagai Negara,  dan juga untuk memenuhi keperluan para peserta sendiri.   Para pemohon yang berjaya diperlukan membawa dengan mereka salinan sukatan pelajaran (buku teks, bahan-bahan pengajaran tambahan, buku panduan guru).  Kesemua ini akan digunakan dalam persembahan individu dan juga perbincangan kelas.

 

Yuran

Berikut adalan kos component (dalam Dolar Singapura):

Perkara

 Dolar Singapura

Yuran Pendaftaran (Hanya bayar sekali sahaja)*

$52.50

Yuran Tuition *

          S$960.00

*Yuran kursus  (termasuk GST) dibayarkan kepada  SEAMEO Regional Language Centre.

Terdapat penginapan di  RELC International Hotel  @ S$40++ satu malam dengan sarapan pagi  (Kembar-pengkongsian) atau S$80++ semalam dengan sarapan pagi (perseorangan).

Peserta-peserta dari luar Singapore dinasihatkan mengambil Skim Insuran Kumpulan (Group Health Insurance Scheme) dengan yuran  S$31 sebulan kerana kos perubatan dalam kemungkinan sakit adalah amat tinggi.

Pembayaran sekali sebanyak S$630 untuk elaun subsidi sempat menampung perbelanjaran asas harian seorang peserta kursus di Singapura.

Yuran-yuran diatas tertakluk kepada penukaran pada bila-bila masa.

  Perhatian:

(a) RELC tidak akan bertanggung jawab atas sebarang kemalangan dalam perjalanan ke atau dari Singapura, atau dalam Singapura, atau kehilangan beg-beg atau barang-barang persendirian semasa dalam transit atau di Singapura.

(b) RELC tidak akan bertanggung jawab mengambil insuran perjalanan udara dan kemalangan persendirian untuk peserta-peserta kursus.

(c) Peserta-peserta kursus dianggapkan akan menyediakan wang cukup untuk keperluan-keperluan menyediakan tugasan-tugasan, seperti kos menaip tugasan.

(d) Pembayaran elauan subsidi boleh disediakan oleh RELC bagi pihak sponsor.

 

Permohanan^Atas

Borang-borang berikut perlu dilengkapkan dan dihantarkan:

(a) Borang Permohanan RELC A237/A238 (dua salinan).

(b) Salinan-salinan keputusan TOEFL/IELTS yang disahkan atau ‘Statement of English Language Proficiency’ Form RELC A229 (dua salinan).

(c) Borang Pemerikasaan Kesihatan (Medical Examination Form RELC A228) (1 asal dan 1 salinan) yang dikeluarkan tidak lebih dari 6 bulan sebelum kursus bermula.

(d) Salian-salinan ijazah/diploma/sijil/transkrip perlu di sertakan dengan boring permohonan. Di mana transkrip adalah dalam bahasa lain daripada Bahasa Inggeris, satu salinan terjemah dalam Bahasa Inggeris yang disahkan perlu disertakan.

 

Pembayaran Yuran

Yuran perlu dibayar sebelum kursus bermula.

Cek diwajibkan berpalang dan bayar kepada  SEAMEO Regional Language Centre.

 

Bayar-balik Yuran^Atas

Pembatalan pendaftaran oleh seorang pemohon perlu dibuat secara tulisan. Pembatalan yang diterima sebelum kursus bermula akan menerima bayaran-balik kurang daripada yuran pendaftaran. Pembatalan selepas kursus sudah bermula tidak layak untuk bayaran balik yuran.

Tarikh Tutup

  Tarikh tutup permohanan adalah 16 Februari 2007.

 

^Atas

 

 

Copyright © 2007 SEAMEO Regional Language Centre
Updated 29/03/2007