| English | 中文版 | Bahasa | Tiếng Việt | Site Map | Home |
| Mengenai Kami | Kursus Latihan Bahasa | Kursus Latihan Guru | Seminar | Perpustakaan | Penginapan Hotel & Bilik Seminar | Biro Peperiksaan | Projek-projek khas | Pautan
|
| Kursus Latihan Guru | > | Specialist Cert in Information Technology in Language Education |
Specialist Cert in
Information Technology
|
||||||
Rational Kursus ini mengkaji prinsip-prinsip dan teknik-teknik menggunakan audio, video dan teknologi komputer dalam bilik darjah Bahasa Inggeris. Ia mengkaji bagaimana konteks menyumbang kepada penjanaan makna dan ia akan cuba membantu kita memahami bagaimana struktur wacana menyumbang kepada pemahaman makna. Matlamat am kursus ini adalah untuk memberikan kita gambaran bagaimana seseorang itu mengkomunikasikan makna dalam wacana seharian. Objektif Objektif kursus ini adalah untuk: (a) Mengetahui sumber-sumber multimedia terkini yang ada untuk kegunaan Guru Bahasa Inggeris (b) Membincang aplikasi pedagogi dalam teknologi multimedia dalam bilik darjah Bahasa Inggeris.
Kandungan Kursus^Atas (a) Gambaran keseluruhan sumber-sumber multimedia dan Pengajaran Bahasa Inggeris (b) Menggunakan audio dan video dalam bilik darjah Bahasa Inggeris. (c) Prinsip-prinsip Pembelajaran Berbantuan Komputer (CALL) Untuk mengajar kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur Untuk mengenal pasti dan memilih perisian computer untuk kegunaan bilik darjah. (d) Pengenalan kepada internet: mel elektronik dan laman internet (e) Sumber Perpustakaan Elektronik (f) Pengenalan kepada perkembangan bahan-bahan multimedia
Penilaian Para Peserta akan diminta menyedaikan tugasan sendiri dimana teknologi maklumat digunakan dalam bilik darjah mereka. Tugasan in seharusnya mengandungi rancangan pelajaran yang menggunakan audio, video dan computer. Tugasan ini juga seharusnya memberikan sebab-sebab mengapa rancangan pelajaran sedemikian dan membincangkan masalah-masalah yang mungkin dan penyelesaiannya.
Syarat-syarat Pensijilan^Atas Untuk menamatkan kursus ini dengan berjaya, para peserta mesti: (a) memenuhi kehendak kehadiran (b) mencapai tahap kerja kursus yang secukupnya (c) menghabiskan tugasan
Kursus Pada akhir kursus ini para peserta akan diberikan sijil pakar iaitu (Specialist Certificate in Information Technology in Language Education).
Syarat-syarat Kemasukan^Atas Pemohon-pemohan seharusnya guru Bahasa yang biasa dengan penggunaan computer dalam aktiviti pemprosesan bahasa dan berminat menggunakan computer untuk pengajaran Bahasa Inggeris. Pemohon perlu memperolehi satu tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang mencukupi untuk mengikuti satu pengajian tinggi yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan untuk menyediakan tugasan-tugasan tulis atau lisan. Bagi mereka yang berasal dari sistem-sistem pendidikan yang bukan dalam pengantaraan Bahasa Inggeris mesti memperolehi kelayakan TOEFL terkini sekurang-kurangnya 550 bagi ujian berdasarkan kertas atau 213 bagi versi computer, atau Gred IELTS 6.5.
Yuran
*Yuran kursus (termasuk GST) dibayarkan kepada SEAMEO Regional Language Centre. Terdapat penginapan di RELC International Hotel @ S$40++ satu malam dengan sarapan pagi (Kembar-pengkongsian) atau S$80++ semalam dengan sarapan pagi (perseorangan). Peserta-peserta dari luar Singapore dinasihatkan mengambil Skim Insuran Kumpulan (Group Health Insurance Scheme) dengan yuran S$31 sebulan kerana kos perubatan dalam kemungkinan sakit adalah amat tinggi. Pembayaran sekali sebanyak S$630 untuk elaun subsidi sempat menampung perbelanjaran asas harian seorang peserta kursus di Singapura. Yuran-yuran diatas tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa. Perhatian: (a) RELC tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan dalam perjalanan ke atau dari Singapura, atau dalam Singapura, atau kehilangan beg-beg atau barang-barang persendirian semasa dalam transit atau di Singapura. (b) RELC tidak akan bertanggungjawab mengambil insuran perjalanan udara dan kemalangan persendirian untuk peserta-peserta kursus. (c) Peserta-peserta kursus dianggapkan akan menyediakan wang cukup untuk keperluan-keperluan menyediakan tugasan-tugasan, seperti kos menaip tugasan. (d) Pembayaran elauan subsidi boleh disediakan oleh RELC bagi pihak sponsor.
Permohanan^Atas Borang-borang berikut perlu dilengkapkan dan dihantarkan: (a) Borang Permohanan RELC A237/A238 (dua salinan). (b) Salinan-salinan keputusan TOEFL/IELTS yang disahkan atau Statement of English Language Proficiency Form RELC A229 (dua salinan). (c) Borang Pemerikasaan Kesihatan (Medical Examination Form RELC A228) (1 asal dan 1 salinan) yang dikeluarkan tidak lebih dari 6 bulan sebelum kursus bermula. (d) Salian-salinan ijazah/diploma/sijil/transkriplu di sertakan dengan boring permohonanah dalam bahasa lain daripada Bahasa Inggeris, satu salinan terjemah dalam Bahasa Inggeris yang disahkan perlu disertakan. Semasa permohanan, pemohon diperlukan menyatakan di surat permohonan sama ada permohanan dibuat secara pembayaran yuran persendirian ataupun berbiasiswa. Nama agensi biasiswa/burseri, jika berkenaan, perlu dinyatakan.
Pembayaran Yuran Yuran perlu dibayar sebelum kursus bermula. Cek diwajibkan berpalang dan bayar kepada SEAMEO Regional Language Centre.
Bayar-balik Yuran^Atas Pembatalan pendaftaran oleh seorang pemohon perlu dibuat secara tulisan. Pembatalan yang diterima sebelum kursus bermula akan menerima bayaran-balik kurang daripada yuran pendaftaran. Pembatalan selepas kursus sudah bermula tidak layak untuk bayaran balik yuran.
Tarikh Tutup Tarikh tutup permohanan adalah 14 Mei 2007.
|
| Copyright © 2007 SEAMEO Regional Language Centre | Updated
29/03/2007
|