| English | 中文版 | Bahasa | Tiếng Việt | Site Map | Home |
| Mengenai Kami | Kursus Latihan Bahasa | Kursus Latihan Guru | Seminar | Perpustakaan | Penginapan Hotel & Bilik Seminar | Biro Peperiksaan | Projek-projek khas | Pautan
|
| Kursus Latihan Guru | > | Specialist Cert in Action Research for Language Teachers |
Specialist Cert in Action
Research
|
||||||
Rational Kebanyakan guru kini diperlukan membuat ‘action research’ selain daripada mengajar, tetapi kebanyakan guru tidak berpengetahuan tentang kaedah penyelidikan. Kursus ini memenuhi keperluan para guru rantau ini dimana ia mendedahkan mereka kepada kaedah-kaedah penyelidikan. Para peserta akan dibantu oleh penyelianya untuk merancang penyelidikannya yang tersendiri supaya dapat menjalankan ‘action research’ ini bila beliau kembali ke tanahair.
Objektif Objektif kursus ini adalah untuk: (a) Mengenali ‘Action Research’ (b) Membincang mengenai alat-alat dan kaedah-kaedah yang diperlukan untuk menjalankan ‘Action Research’ (c) Membantu para peserta merancang cadangan ‘action research’ mereka
Kandungan Kursus ^Atas (a) Pemerhatian Guru dan kajian guru (b) Mengenalpasti masalah di bilik darjah (c) Pengutipan data dan action research (d) Menganalisis dan mentafsir data (e) Menilai penerbitan ilmiah (f) Menulis cadangan action research
Penilaian Para Peserta akan menilai sebuah peperiksaan dan memberi cadangan-cadangan untuk memperbaikinya
Syarat-syarat Pensijilan^Atas Untuk menamatkan kursus ini dengan berjaya, para peserta mesti: (a) memenuhi kehendak kehadiran (b) mencapai tahap kerja kursus yang secukupnya (c) menghabiskan tugasan
Ketauliahan Kursus Pada akhir kursus ini para peserta akan diberikan sijil pakar dalam Action Research.
Syarat-syarat Kemasukan^Atas Pemohon-pemohan seharusnya guru Bahasa yang berhasrat mengembangkan kemahiran-kemahiran kajian dalam bilik darjah . Pemohon perlu memperolehi satu tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang mencukupi untuk mengikuti satu pengajian tinggi yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan untuk menyediakan tugasan-tugasan tulis atau lisan. Bagi mereka yang berasal dari sistem-sistem pendidikan yang bukan dalam pengantaraan Bahasa Inggeris mesti memperolehi kelayakan TOEFL terkini sekurang-kurangnya 550 bagi ujian berdasarkan kertas atau 213 bagi versi computer, atau Gred IELTS 6.5. Untuk menggalakkan perkongsian ide-ide dan maklumat diantara para peserta dari berbagai Negara, dan juga untuk tujuan tugasan, para pemohon yang berjaya diperlukan membawa dengan mereka salinan buku teks, bahan-bahan pengajaran yang mereka berminat untuk menjalankan kajian selanjutnya
Yuran
*Yuran kursus (termasuk GST) dibayarkan kepada SEAMEO Regional Language Centre. Terdapat penginapan di RELC International Hotel @ S$40++ satu malam dengan sarapan pagi (Kembar-pengkongsian) atau S$80++ semalam dengan sarapan pagi (perseorangan). Peserta-peserta dari luar Singapore dinasihatkan mengambil Skim Insuran Kumpulan (Group Health Insurance Scheme) dengan yuran S$31 sebulan kerana kos perubatan dalam kemungkinan sakit adalah amat tinggi. Pembayaran sekali sebanyak S$630 untuk elaun subsidi sempat menampung perbelanjaran asas harian seorang peserta kursus di Singapura. Yuran-yuran diatas tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa. Perhatian: (a) RELC tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan dalam perjalanan ke atau dari Singapura, atau dalam Singapura, atau kehilangan beg-beg atau barang-barang persendirian semasa dalam transit atau di Singapura. (b) RELC tidak akan bertanggungjawab mengambil insuran perjalanan udara dan kemalangan persendirian untuk peserta-peserta kursus. (c) Peserta-peserta kursus dianggapkan akan menyediakan wang cukup untuk keperluan-keperluan menyediakan tugasan-tugasan, seperti kos menaip tugasan. (d) Pembayaran elauan subsidi boleh disediakan oleh RELC bagi pihak sponsor.
Permohanan ^Atas Borang-borang berikut perlu dilengkapkan dan dihantarkan: (a) Borang Permohanan RELC A237/A238 (dua salinan). (b) Salinan-salinan keputusan TOEFL/IELTS yang disahkan atau ‘Statement of English Language Proficiency Form RELC A229’ (dua salinan). (c) Borang Pemerikasaan Kesihatan (Medical Examination Form RELC A228) (1 asal dan 1 salinan) yang dikeluarkan tidak lebih dari 6 bulan sebelum kursus bermula. (d) Salian-salinan ijazah/diploma/sijil/transkrip perlu di sertakan dengan boring permohonan. Di mana transkip adalah dalam bahasa lain daripada Bahasa Inggeris, satu salinan terjemah dalam Bahasa Inggeris yang disahkan perlu disertakan. Semasa permohanan, pemohon diperlukan menyatakan di surat permohonan sama ada permohanan dibuat secara pembayaran yuran persendirian atau biasiswa. Nama agensi biasiswa/burseri, jika berkenaan, perlu dinyatakan.
Pembayaran Yuran Yuran perlu dibayar sebelum kursus bermula. Cek diwajibkan berpalang dan bayar kepada SEAMEO Regional Language Centre.
Bayar-balik Yuran^Atas Pembatalan pendaftaran oleh seorang pemohon perlu dibuat secara tulisan. Pembatalan yang diterima sebelum kursus bermula akan menerima bayaran-balik kurang daripada yuran pendaftaran. Pembatalan selepas kursus sudah bermula tidak layak untuk bayaran balik yuran.
Tarikh Tutup Tarikh tutup permohanan adalah 14 Mei 2007.
^Atas^
|
| Copyright © 2007 SEAMEO Regional Language Centre | Updated
29/03/2007
|