| English | 中文版 | Bahasa | Site Map | Home |
| Mengenai Kami | Kursus Latihan Bahasa | Kursus Latihan Guru | Seminar | Perpustakaan | Penginapan Hotel & Bilik Seminar | Biro Peperiksaan | Projek-projek khas | Pautan
|
| Kursus Latihan Guru | > | Ijazah Sarjana Sastera (Linguistik Gunaan) |
Ijazah Sarjana Sastera
|
||||||||||||||||||||||||||||
Kursus ini dikelolakan bersama dengan Universiti Nasional Singapura (NUS) dan pensijilan diberikan oleh NUS.Rational Matalamat am kursus Sarjana Sastera (Linguistik Gunaan) ini adalah untuk menyediakan kelayakan yang relevan kepada para guru untuk menyandang posisi yang penting dalam program pembelajaran, pengajaran dan kajian bahasa di intitusi pendidikan.
Objektif-objektif
Pada akhir kursus ini, para peserta akan: (a) Berpengetahuan tantang prinsip-prinsip analisis bahasa, teori-teori mengenai berbagai aspek struktur, psikologi dan social bahasa dan ini akan membentuk satu kesedaran bagaimana ilmu ini menyumbang kepada pengajaran bahasa. (b) Satu gambaran keseluruhan pendekatan-pendekatan teori terbaru dalam memahami pembelajaran bahsa kedua. (c) Satu pemahaman pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah dalam pengajaran bahasa kedua. (d) Satu pemahaman tentang prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian linguistik gunaan.
Kursus^Atas Para peserta mestilah melengkapi sepuluh modul seperti yang berikut: Empat modul dari Pengajian Bahasa Tiga Modul dari Pengajian Pedagogi Dua modul elektif dari Pengajian Pedagogi Sebuah modul dari mana-mana bahagian, ataupun dari mana-mana program di NUS. Maklumat lanjut untuk kursus mungkin berubah.
Pengajian Bahasa
Pengajian Pedagogi^Atas Modul-modul Asas
Modul-modul elektif
Jangka Masa Kursus Tempoh pencalonan adalah selama 12 bulan (minimum) dan 36 bulan (maksimum) untuk pengajian sepenuh masa. Untuk pengajian secara sambilan tempoh pencalonan adalah selama 24 bulan (minimum) dan 48 bulan (maksimum). Jangka masa maksimum termasuk cuti yang dibenarkan tetapi mungkin tidak merangkumi kebenaran untuk tidak bertugas yang dibenarkan of RELC dan NUS. Seseorang calon penuh masa mesti mengambil sekurang-kurangnya tiga modul dalam satu semester tetapi tidak melebihi lima modul. Hanya mereka yang tinggal di Singapura dibenarkan menjalankan pengajian secara sambilan. Sokongan Pengajian Bertalian Terus Para pensyarah sedia menjawab soalan-soalan anda secara e-mail ataupun hadir sendiri. Tambahan pula terdapat laman komuniti internet yang telahpun disediakan untuk kursus ini. Para peserta boleh menampilkan soalan pada laman tersebut dan mengadakan sesi soal-jawab. Lain-lain sumber^Atas Para peserta digalakkan menggunakan perpustakaan RELC dan NUS. Seminar Sebagai tambahan kepada kursus, para pelawat yang terkemuka ke RELC dan lain-lain para akademik di Institusi Pendidikan Tinggi di Singapura akan dipelawa mempersembahkan seminar dan projek-projek kajian mereka. Selepas persembahan-persembahan ini, para peserta digalakkan Tanya soalan dan berbincang dengan para penceramah. Penamatan Kursus Untuk menamatkan kursus dengan berjaya, seseorang calon mesti: (a) lulus dengan Cumulative Average Point (CAP) sebanyak 3.00 dalam semua modul. (b) Memenuhi keperluan kehadiran dalam kelas. Penilaian samada seseorang calon telahpun memenuhi keperluan CAP akan berdasarkan pencapaian dalam 10 modul yang terbaik dengan syarat modul-modul ini termasuk semua modul yang perlu, dan tidak boleh termasuk lebih daripada dua modul di tahap 4000 dan kebawah.. Pencalonan seseorang peserta mungkin ditamatkan jika beliau (a) mendapat CAP yang kurang dari 2.50 dalam dua semester berturut-turut (b) mendapat CAP yang kurang dari 3.00 dalam tiga semester berturut-turut (c) Gagal dalam dua modul
Pensijilan Para peserta akan ditauliahkan dengan Ijazah Sarjana Sastera (Linguistik Gunaan) jika mereka telah: (a) memenuhi semua keperluan kursus (b) telah diperakukan oleh lembaga pemeriksa (c) membayar semua yuran
Syarat-syarat Kemasukan^Atas Seseorang calon Sarjana Sastera (Linguistik Gunaan) mesti mempunyai:
Kemasukan kepada kursus Sarjana Sastera (Linguistik Gunaan) adalah pada dasar saingan bebas. Para pemohon mungkin diminta memberi maklumat lanjut atupun memberi bukti yang lanjut mengenai latihan yang telahpun dilalui dan juga kebolehan individu. Keputusan muktamad kemasukan ditentukan oleh RELC dan NUS. Yuran Yuran yang harus dibayar untuk tahun academic 2009-2010 adalah seperti berikut:
NOTE: Yuran adalah untuk satu tahun. Yuran yang bersamaan dengan 50% yuran pengajian tahunan akan dikenakan untuk setiap tambahan satu semester.
RELC tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemalangan dalam perjalanan ke atau dari Singapura, atau dalam Singapura, atau kehilangan beg-beg atau barang-barang persendirian semasa dalam transit atau di Singapura. RELC tidak akan bertanggungjawab mengambil insuran perjalanan udara dan kemalangan persendirian untuk peserta-peserta kursus. Borang-borang yang berikut mesti dilengkapi dan dihantar: (a) Borang permohonan RELC A237/A238 (dua salinan). (b) Borang Pemerikasaan Kesihatan (Medical Examination Form RELC A228) (1 asal dan 1 salinan) yang dikeluarkan tidak lebih dari 6 bulan sebelum kursus bermula. (d) Salian-salinan ijazah/diploma/sijil/transkrip perlu di sertakan dengan boring permohonan. Di mana transkrip adalah dalam bahasa lain daripada Bahasa Inggeris, satu salinan terjemah dalam Bahasa Inggeris yang disahkan perlu disertakan. Semasa permohanan, pemohon diperlukan menyatakan di surat permohonan sama ada permohanan dibuat secara pembayaran yuran persendirian atau biasiswa. Nama agensi biasiswa/burseri, jika berkenaan, perlu dinyatakan. Pembayaran Yuran Yuran perlu dibayar sebelum kursus bermula. Cek diwajibkan berpalang dan bayar kepada SEAMEO Regional Language Centre. Bayar-balik Yuran^Atas Pembatalan pendaftaran oleh seorang pemohon perlu dibuat secara tulisan. Pembatalan yang diterima sebelum kursus bermula akan menerima bayaran-balik tanpa yuran pendaftaran. Pembatalan selepas kursus sudah bermula tidak layak untuk bayaran balik yuran. Tarikh Tutup Tarikh tutup permohanan adalah 31 Januari 2009.
|
| Copyright © 2007 SEAMEO Regional Language Centre | Updated
22/02/2009
|